Saturday, 30 March 2013

Peliharalah auratmu wahai wanita

Wanita dirimu anggun..dirimu serikandi yang menyinari dunia ini..
Wanita dirimu bak permata di dunia ini..wanita peliharalah auratmu..
Saat dirimu mendedahkan aurat,sebenarnya dirimu telah membuatkan insan lain juga berdosa..
Melihat auratmu itu bukan sahaja menambah dosa kpdmu tetapi juga manusia yg melihat auratmu..
Sayangilah keluargamu..jgn biarkan mereka juga terjunam ke api neraka..
Jangan biarkan insan-insan yang dirimu sayang turut sama dimasukkan ke neraka..
Bersamalah kita mengejar cinta Allah..
Bersamalah kita menjaga aurat..
Dirimu lebih bernilai daripada permata..
Antara permata yang terdedah dan permata yang berada di dalam kotak..
yang manakah yang akan menjadi rebutan pembeli..
tentulah permata yang berada di dalam kotak yang masih terlindung daripada habuk,yang bakal menghilangkan kecantikan permata itu..
wahai wanita dirimu anggun jika sentiasa dijaga,dan ditutupi auratmu..hanya untuk insan yang benar-benar layak untukmu..iaitu suamimu..dan juga mahrammu..
indahnya andai insan pertama yg melihat kejelitaanmu adalah suamimu..
Sayangilah auratmu..jangan biarkan dirimu terjerumus ke neraka...
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah..=)








..Pening-pening..

Assalamualaikum..mesti semua pelik kenapa pening..sebenarnya post ini dituju khas kpd adik2 SPM yg sedang pening untuk memilih ke manakah aku selepas ini??Ha mesti adik-adik dah pening fikir,lepas ni nak smbung ke mana kan..Jgn terlalu pening memikirkan sehingga kita lupa sebenarnya kita perlu tanya pada Allah,ke manakah jalan yang terbaik untuk kita..tanya tu mcm mna?? Istikharahlah jalan yg terbaik..Istikharah tu bukan untuk kita kahwin jer tau..tp istikharah tu untuk memilih jalan yg terbaik untuk kita..Lepas dah istikharah bincang dengan mak ayah,apa yg dirasakan terbaik untuk kita..minta pandangan mereka sebab mereka dah makan garam dulu sebelum kita..lepas tu pilihlah yg terbaik..dgn berdoa kepada Allah supaya jalan yg kita pilih tu baik untuk diri,keluarga dan agama..

Dan rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah kepada adik atas result yg adik-adik dapat..Terima dan bersyukurlah dengan keputusan yg kita dapat kerana itulah yg terbaik untuk kita..Jangan kecewa jika kita tak dapat seperti apa yg kita nak..Jalan Allah amat luas untuk hambanya..sentiasalah berbaik sangka..Allah lebih mengetahui segala-galanya...=)
Buat adik-adik yang bakal masuk ke APIUM Nilam Puri, selamat datang, ahlan wa sahlan..walaupun keputusan upu tak keluar lagi, tapi tak pe nak ucap awal2..spe2 yg dpt msuk nnt boleyla share dgn akk, klu nak share..Sediakan diri adik-adik untuk memasuki tempat yg lebih mencabar ini,tak kira ke mana pun anda pergi..sentiasa bergantung padaNya..okey sampai sini sje perkongsian untuk kali ini..Assalamualaikum..

Rindu Nilam Puri

Assalamualaikum..Apa khabar semua..dah lama tak post kat blog ni..skrg ni rindu pulak nak bercerita sesuatu yang lebih kepada perkongsian..Alhamdulillah,sekarang ni sedang bercuti..insyaAllah dalam sebulan dua minggu lagi..dalam cuti-cuti ni terasa rindu sangat kat Nilam Puri..banyak sangat ilmu di Nilam Puri..bumi tarbiyyah,bumi didikan..kat sini diri ini dididik untuk mentarbiyyah diri dan mendekatkan diri dengan Allah..dan di sini jualah tempat mendidik diri ini untuk terus berjuang dan berkorban untuk diri, keluarga dan yang paling penting agama..Mengimbau setahun lepas saat tiba di Nilam Puri,banyak benda yang tak tahu,tp pernah dipesan oleh akak-akak, carilah mutiara yang ada di bumi tarbiyyah ini..saat diri ini baru mengenali tarbiyyah,seakan terpingga-pingga dengan kata-kata senior..setelah setahun berada di bumi ini, baru kutahu,rupa-rupanya ilmu dan para pendidik di sinilah mutiara-mutiara yg menyinari setiap pelajar di sini..Rindu Nilam Puri walaupun baru dua minggu meninggalkannya..Rindu juga sahabat-sahabat yang sentiasa bersama di sini..Rindu ukhwah di sini..Rindu tarbiyyah di sini..dan rindu ilmu di sini..
..Bumi Tarbiyah..

..Rindunya..

Diri ini amat merindui ukhwah kita yang terjalin..sangat rindu..SAHABAT,mungkin titipan ini juga ditujukan buat anda semua..maaf andai ada yang terguris hati dgn diriku ini..diri ini juga insan biasa yang terkadang lupa dek kesibukan untuk menjalani peperiksaan,sehingga lupa untuk bertanya khabarmu dan masalah yg dihadapi ketika itu..Maaf sangat-sangat andai diri ini bersalah..InsyaAllah balik nanti kita cuba rapatkan ukhwah kita, mantapkan hubungan kita..Rindu kalian..Jumpa naik sem nanti erk..
..Salamesrabadikhlaselamanya..Mungkin setakat ini jer untuk kali ini,nnt insyaAllah ada yang menarik lagi akan dikongsi bersama..Maaf andai perkongsian ini kurang menarik..Assalamualaikum..

Tuesday, 5 February 2013

Segala-galanya adalah HIKMAH..

Bismillahirrahmanirrahim...ku ukir-ukirkan kalam selepas ini adalah untuk diriku juga kerana dh lama tak meluahkan rasa dan berkongsi detik suka dan duka bersama..Saat dan detik manis dan sedikit pahit itu membawa seribu makna dalam diriku ini..seminggu sebelum maulidur rasul aku diberi satu tugas untuk bersama-sama menjayakan program maulidur rasul..Berat jugak tugasan ini,tapi aku yakin siapa yang membantu agama Allah,Allah akan membantunya...aku pegang kata-kata ini dari tingkatan 5 lagi..Berbalik kepada tanggungjawab yang diberikan..aku bersama sahabat-sahabat yang lain terus menyusun atur rancangan bagi menjayakan program ini..hari demi hari tibalah hari perasmian program pada hari Isnin dirasmikan oleh Prof Madya Dr Muhd Muhiden bin Abdul Rahman..tp bukan nak cerita perjalanan program,tapi nak cerita pengalaman diri yg sedikit sebanyak menjadi iktibar dan pedoman..pada hari Rabu berikutnya ada malam ambang maulidur rasul..Alhamdulillah berlangsung dlm keadaan yg teratur dgn izin dan rahmat daripadaNya..begitu jugalah pada hari khamis..Iftor Jamaie dan Forum..dn pada hari inilah ak menerima satu ujian yg agk berat tapi tak seberat dugaan di Palestine sne..aku diberi kesakitan sdikit oleh Allah,sebagai penghapus dosaku yang banyak..Saat ini aku sangat bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana masih mengurniakanku sahabat yang prihatin dengan diriku ini..Saat ini aku bertemu HIKMAH sebenar mengapa Allah beri aku ujian ini..kerana Allah nak tunjukkan sahabat-sahabat yang masih membantu walaupun dlm saat kesusahan ini...Baru kta knal sahabat yang sayang kat kte..hee..takdelah..maksudnya,jgn bersangka buruk dengan Allah,sebab dia tahu yang terbaik untuk kita...La Tahzan Inna Allah Maana...=)..Dan saatu lagi,waktu ni sepatutnya hari Selasa tu kne tasmik surah..tp biasalah waktu sakit ni,kurang khusyuk nak menghafal...tp Allah bg stu lg berita gembira,waktu ni Ust Alwee ada musyaqah,jadi kelas ditangguhkan kepada hari Khamis..nampak xHIKMAHnya...Allah sayang kat kita...Allah dah aturkan segala-galanya buat kita...Kita just ikut aturan tu..dan sentiasalah bersyukur dan redha dengan ketentuan Allah kpd kita...Allah dh aturkan yang terbaik...Allah sayang kita itu yang Allah berikan dugaan kepada kita...Segala-galanya adalah HIKMAH...^_^





Tuesday, 20 November 2012

..WANITA..

Diriku bukanlah pandai berkata-kata..tapi cukup sekadar perkongsian yang rasanya mampu untuk menunjukkan wanita itu adalah penting..Wahai insan yang bernama lelaki..ku nukilkan kalam atau kata-kata ini bukan untk menjatuhkan dirimu..tapi hanya untuk memberi sedikit kesedaran bahawa wanita itu juga harus di beri penghormatan..

Seorang ibu yang sarat mengandung..hanya menunggu detik2 terakhir sebelum insan yang sangat dia sayang dan cintai lahir..menaiki kereta menuju ke hospital bersama insan yang amat dia sayangi iaitu suaminya..di dalam hatinya berasa sungguh berdebar-debar menanti kelahiran seorang anak yang selama ini diidam-idamkan oleh semua keluarga yang terdekat..dalam perjalanan menuju ke hospital..tiba-tiba dengan tidak disangka,berlaku kemalangan antara keretanya dengan sebuah lori..si suami pengsan selama dua jam..manakal si isteri tidak bangun2..maka ketika itu polis datang untuk menyiasat kes tersebut..Dalam keadaan begitu,suaminya meminta supaya isterinya di hantar ke hospital..setelah sampai di hospital, doktor terus membawa isteri tersebut ke blik emergency..kemudian dalam beberapa minit kemudian.. Doktor keluar dari bilik emergncy lalu berkata kepada si suami..Alhamdulillah bayi awak baik dan isteri awak pun baik.tapi..tapi apa doktor??"tanya suaminya"..awak kena pilih antara anak atau isteri awak selamat??"kata doktor" tapi kenapa doktor??..Sebab awak hanya dua pilihan ini saja..tiada lagi pilihan lain..Suami itu agak tertekan..lalu dia mengatakan saya harap isteri saya boleh meneruskan kehidupan bersama saya..lalu doktor menerima keputusan itu..Awak boley berjumpa dengan isteri awak sebelum pembendahan dilakukan..Suami itu pun bertemu dengan isterinya..Lalu apabila bertemu dengan isterinya..dan menceritakan perbualan antara dia dan doktor itu..Kemudian..dengan tabahya wanita itu berkata..abang saya sayang abang,dan saya juga sayang anak dalam kandungan saya..tp saya tak sanggup abang kecewa selepas ini..abang saya redha jika ditakdirkan saya akan pergi selepas ini..jagalah anak kita ini sebaik-baiknya..didiklah dia dengan agama..peliharalah..dan yang paling penting sayangilah dia sepenuh hati abang..bangkitkanlah jika dia jatuh,dekatkanlah diri sewaktu dia memerlukan..suami akur dengan keputusan isterinya walaupun dia tahu bahawa dia tidak sanggup dengan keputusan itu..Seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya berjaya berbandig dirinya sendiri..Ibu adalah seorang wanita yang kuat dan tabah..walaupun dia terpaksa membawa anaknya ke hulur ke hilir selama 9 bulan 10 hari..bertapa hebatnya wanita..Allah jadikan..walaupun selalu menitiskan air mata..tapi air mata itulah bukti ketabahan seorang wanita..

Wahai insan yang bernama lelaki..
mungkin dirimu lebih kuat daripada wanita,
tapi ingatlah wahai insan bernama lelaki,
lelaki tak kan kuat tanpa ada dibelakangnya seorang wanita,
kerana lumrah kehidupan,
Adam memerlukan Hawa..
Ingatlah walaupun dirimu sekuat mana pun,
tapi engkau tak kan berdiri teguh tanpa adanya Hawa..
Jangalah sesekali engkau merendahkan kaum hawa,
kerana engkau lahir ke dunia ini,
dengan adanya insan yang bernama wanita..
Walaupun wanita tak setanding lelaki,
tapi wanita juga punya maruah,
wanita juga punya malu,
jangalah sesekali memperlekehkan wanita..
Kerana wanita juga punya hati,
dan punya perasaan..


Wanita solehah adalah perhiasan dunia..





Sunday, 4 November 2012

..Pengalaman itu mematangkan diri..

Assalamualaikum..Dah lama tak bercerita dan berkongsi pengalaman..Hari ni baru sempat nak bercerita panjang tentang pengalaman di D'Kok Eco Camp,Kuala Pilah..Macam-macam yang nak dikongsi bersama saat yang indah itu berlaku selama empat hari tiga malam..Hari pertama 29/10,aku dan Yusra pergi ke Pilah dengan maksu..Sementara tunggu orang-orang Selangor yang akan tiba,kami bertandang dahulu di PASTI Ar-Raihan..berhampiran dengan Kolej Matrikulasi KP..Jom tengok gelagat adik-adik ni  










Lama jugak menjaga adik-adik ni..sempatlah main dgn dorang..sementara menunggu org2 jauh smpai ke Kuala Pilah ni..Tunggu punya tunggu sampailah Nor Amalina ke PASTI ni..lps tu dlm pkul 2.00 ptg smpailah org jauh dtgnya dr Ulu Selangor,nun Sabak Bernam..naik keta Viva..Lima org semuanya,diketuai oleh Ammar bersama Aris,Mun'im,Nasri & Aizat..tak kenal pun dorang ni..tp xpelah bedal aja,asalkan program on..Lps tu kami pun berbincanglah serba sikit utk prog ni,dr awl smpai akhir..Jom tengok dlu gamba kami fasilitator yang tak berapa nak kenal..lps tu bergabung untuk satu program yg agk gempak dn seronoklah,bersama pelajar2 SMRA Johol..
















Okey kita sambung citer erk..lps tu dgn menggunakan Viva,kami naik,tumpanglahkan..sebabnya fasi perempuan xde kenderaan nak gi sne..Kesian2..lps tu kami tiba di D'Kok Eco Camp yg jauh ke dalam, dalam pukul 3.30 petang..time ni memang jemlah..aduhai,sabarlah menanti untuk tiba disana..okeyla,jom kte zoom tengok chalet yg kmi dpt..



Okey kita smbung blik citer..Malam selepas sampai tu kami bertemu dengan Kak Yati,Guru kaunselor di SMRA Johol tu,bncg blik sume tentatif..dn lps tu kami pun bncg2 blik dn tukar tentatif yg kmi buat..lps tu Cikgu Mohammad dtg untuk bg sikit brefing kat kmi..nk bg kata2 semangat sikit sebelum mula program esoknya...Okey perbincangan tamat dalam pukul 12.30 malam..Kami fasilitator akhowat mula bergegas membersihkan segala pinggan yang ada di atas meja perbincangan tadi..Selesai berkemas,kami masuk ke bilik dan bermulalah latihan Gemuruh untuk slot esoknya..Jom bca zoom in dlu kata2 kat bwh ni..



Okey dh berehat tadi kita sambung lagi..Banyak citer yg nk dikongsi,dibicarakan..tp tak pndai nk berfalsafah..Jdnya citer ajalah..Hr pertama yg penuh mencabarkan..First slot,Ice Breaking yang dibawa oleh akhi Ammar Muzakir..Pemberian barang amanah iaitu belon & pinggan kertas..Lps tu rehat sebentar untuk solat dn mkn tengah hari..dan bersambung dengan slot kami fasi akhowat..Fuyoo first time berdiri di hadapan dn bercakap,merupakan pengalaman yg mendebarkan..mana xnya bercakap dlm masa sejam setengah..tp dibntu oleh fasi lain jugaklah..First aktiviti,Apa Yang Penting ?? Kerjasama..lps tu Jejak Mimpi..menguji minda adik2 ni..lps tu dismbung dgn rehat dn solat asar..Kemudian latihan utk Malam Kebudayaan..Best2..adk2 ni sporting dn mendengar kata2 fasi mereka yg terchenta..okey malam tu bersambung dgn Slot Menerajui Generasi Al-Fateh yang dibawa oleh akhi Aris Farhan..Yuk tengok gambar2 spnjg ari pertama..



















Okey settle utk hari pertama..tp tak settle utk ari keduanya..pada jam 12 pagi..para peserta menghadapi stu aktiviti yg mengentirkan iaitu "Kem Solo"..semua dikehendaki berjalan sambil menutup mata..mereka dikehendaki berjalan dgn menggunakan tali untuk sampai ke surau..Jom kte tengok sikit gambanya..






Okey itu episod suka duka,Kem Solo ni tamat pd pukul 3.30 pagi..Ha macam mna n qiamulail tu??jd qiamunaum jelah..okey kita sambung cerita pada hari kedua pulak..saat dan detik ni bestlah...adk2 ni dpt main kayak,flying fox dn meredah air..xtaulah apa namanya..tp yg pntg bestlah..lps tu pd pkul 2.30 petang pulak..mereka akan berjungle trecking dgn fasilitator..Saat ni lah yang paling mendebarkan..lagi2 fasi akhowat pkai sandle..xmunasabah langsung..tp akibat semangat yg dtg..kami redah aja..walaupun agk lambat sbb keadaan licin,tp redah jelah..nk buat mcm mna..klu patah balik nampak sgtlah mengalah..terus jelah..


















Okey yg tadi tu antara gambar-gambar jungle trecking,kayak dn flying fox..Cantik x?? Adk-adk ni kena meniarap lalu dkt lumpur..tu yg berkabung penuh tu..Lps tu dlm perjalanan jungle trecking tu hujan..lagilah habis semua..Adk-adk ni jugak kena amik wudhu' time dlm hutan tu untuk solat bersama yang dinamakan Solat Medan..Ha mcm mna pulak tu??mcm ni lah..dlm keadaan berkabung ni..Banyakkan pengalaman yang dpt..Okey lps tu pada malam tu, bdk2 ni buat persembahan untuk Malam Kesenian Islam..bestlah..sume persembahan memberi makna yang terperinci..Okey lps habis aja persembahan tu..berlakulah sesi muhasabah..Kami semua fasilitator dihalau seketika..untuk pulang..kerana kami tak bertanggungjawab terhadap barang amanah adk2 ni..jd kami pun berjalanlah..bwk barang semua keluar,sambil berjalan-jalan..adk2 ni pun kejar kami..pujuk kami..time tu memanglah..kita org ckp kat budak-budak ni, kami ni tak penting..Dalam waktu berdrama tu tiba hujan turun..alamak mcm mna ni?? basah lg lah kte Kaq Yus n Amalina..hee..skali lg basah..hee..xpelah tu kan  pengorbanan..Okeylah lps tu berlaku sesi liqo' wida' dn skali dgn rebat..teringat kat maahad dlu..kenangan lama menggamit balik..Okeylah smpai situ aja citer n pengalaman..Walaupun sebenarnya cerita tak sehebat pengalamannya..yang penting dapatlah kongsi sikit-sikit..Ni memori terakhir di D'Kok Eco Camp..


Itu sahaja sedikit perkongsian yang dapat dikongsikan bersama..Sukar sebenarnya nak melalui pengalaman ini..tp yg penting sebenarnya keikhlasan hati kita untuk melalui liku-liku hidup ini..Pengalaman itu memantangkan diri kita jangan pernah menyesal dengan kehidupan kita..lg stu yg paling penting untuk melalui kehidupan ini kita kena bnyk mendengar bukan hanya berkata-kata..=)..untuk berjaya perlu ada pengorbanan..