Wednesday 4 February 2015

Kerana Kita Hamba


Bismillah.. Alhamdulillah hari ni, aku sempat berkongsikan sedikit perkongsian dan semoga perkongsian ini diredhai Allah. Kita hamba, makhluk yang mudah lupa, mudah leka, mudah alpa, mudah lalai dan mudah bangga. Kita juga hamba seringkali tidak bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan. Sedar atau tidak kita adalah hamba, makhluk yang mskin didunia ini, semuanya adalah pinjaman dari Allah. Namun kita tidak pernah bersyukur, kita riak dan takabur dengan pinjaman yang sebentar ini. Kita gunakan nikmat yang diberi allah dengan keterlaluan. Kita banyak melakukan maksiat. Sedar tak kita, kita berada di akhir zaman. Pada bila-bila masa sahaja Allah tarik nyawa kita. Sedarlah manusia, janganlah leka dek kerana nikmat yang sedikit ini. Sedarlah wahai manusia, bila-bila sahaja malaikat akan tarik nyawa kita. Bila-bila sahaja, allah akan tarik nikmat yang kita pinjam ini.




Maka bersyukurlah ke hadrat Allah. Nikmat ini, hanya sementara. Ingatlah, sedarlah, kita sedang bertunang dengan kematian, pada bila-bila masa sahaja nyawa kita akan ditarik. Bersyukurlah dengan nikmat yang allah pinjamkan kepada kita. Usah guna nikmat yang diberi kepada perkara yang tidak baik. Mohonlah petunjuk dan hidayah daripada Allah. Kerana hidup di dunia ini hanya mengharapkan keredhaan Allah. Cinta kita hanya Allah semata-mata. Moga kita semua diberi petunjuk dan hidayah dari allah. Moga Allah menerima taubat kita. SESUNGGUHNYA AKU TAKUTKAN ALLAH..

No comments:

Post a Comment