Tuesday 20 November 2012

..WANITA..

Diriku bukanlah pandai berkata-kata..tapi cukup sekadar perkongsian yang rasanya mampu untuk menunjukkan wanita itu adalah penting..Wahai insan yang bernama lelaki..ku nukilkan kalam atau kata-kata ini bukan untk menjatuhkan dirimu..tapi hanya untuk memberi sedikit kesedaran bahawa wanita itu juga harus di beri penghormatan..

Seorang ibu yang sarat mengandung..hanya menunggu detik2 terakhir sebelum insan yang sangat dia sayang dan cintai lahir..menaiki kereta menuju ke hospital bersama insan yang amat dia sayangi iaitu suaminya..di dalam hatinya berasa sungguh berdebar-debar menanti kelahiran seorang anak yang selama ini diidam-idamkan oleh semua keluarga yang terdekat..dalam perjalanan menuju ke hospital..tiba-tiba dengan tidak disangka,berlaku kemalangan antara keretanya dengan sebuah lori..si suami pengsan selama dua jam..manakal si isteri tidak bangun2..maka ketika itu polis datang untuk menyiasat kes tersebut..Dalam keadaan begitu,suaminya meminta supaya isterinya di hantar ke hospital..setelah sampai di hospital, doktor terus membawa isteri tersebut ke blik emergency..kemudian dalam beberapa minit kemudian.. Doktor keluar dari bilik emergncy lalu berkata kepada si suami..Alhamdulillah bayi awak baik dan isteri awak pun baik.tapi..tapi apa doktor??"tanya suaminya"..awak kena pilih antara anak atau isteri awak selamat??"kata doktor" tapi kenapa doktor??..Sebab awak hanya dua pilihan ini saja..tiada lagi pilihan lain..Suami itu agak tertekan..lalu dia mengatakan saya harap isteri saya boleh meneruskan kehidupan bersama saya..lalu doktor menerima keputusan itu..Awak boley berjumpa dengan isteri awak sebelum pembendahan dilakukan..Suami itu pun bertemu dengan isterinya..Lalu apabila bertemu dengan isterinya..dan menceritakan perbualan antara dia dan doktor itu..Kemudian..dengan tabahya wanita itu berkata..abang saya sayang abang,dan saya juga sayang anak dalam kandungan saya..tp saya tak sanggup abang kecewa selepas ini..abang saya redha jika ditakdirkan saya akan pergi selepas ini..jagalah anak kita ini sebaik-baiknya..didiklah dia dengan agama..peliharalah..dan yang paling penting sayangilah dia sepenuh hati abang..bangkitkanlah jika dia jatuh,dekatkanlah diri sewaktu dia memerlukan..suami akur dengan keputusan isterinya walaupun dia tahu bahawa dia tidak sanggup dengan keputusan itu..Seorang ibu lebih sanggup melihat anaknya berjaya berbandig dirinya sendiri..Ibu adalah seorang wanita yang kuat dan tabah..walaupun dia terpaksa membawa anaknya ke hulur ke hilir selama 9 bulan 10 hari..bertapa hebatnya wanita..Allah jadikan..walaupun selalu menitiskan air mata..tapi air mata itulah bukti ketabahan seorang wanita..

Wahai insan yang bernama lelaki..
mungkin dirimu lebih kuat daripada wanita,
tapi ingatlah wahai insan bernama lelaki,
lelaki tak kan kuat tanpa ada dibelakangnya seorang wanita,
kerana lumrah kehidupan,
Adam memerlukan Hawa..
Ingatlah walaupun dirimu sekuat mana pun,
tapi engkau tak kan berdiri teguh tanpa adanya Hawa..
Jangalah sesekali engkau merendahkan kaum hawa,
kerana engkau lahir ke dunia ini,
dengan adanya insan yang bernama wanita..
Walaupun wanita tak setanding lelaki,
tapi wanita juga punya maruah,
wanita juga punya malu,
jangalah sesekali memperlekehkan wanita..
Kerana wanita juga punya hati,
dan punya perasaan..


Wanita solehah adalah perhiasan dunia..





No comments:

Post a Comment