Thursday 12 June 2014

~ Solat Jangan diTinggalkan, Puasa Jangan diLupakan ~

Bismillah...okey, ari ni nak kongsikan sedikit pengalaman-pengalaman yang dilalui waktu nk pergi dan balik Kedah aritu.. Okey oleh kerana kami pergi hanya bertiga, iaitu saya, mama dan Aina so kami naik bas ajalah pegi ke sana..Okey nak diceritakan, biasalah kalau naik bas tu ada pro dan kontranyakan.. Jadi ni nak cerita waktu nk balik tu, memanglah jauh perjalanan, mengambil masa dalam 6 ke 7 jam utk sampai, tp tolonglah wahai pemandu2 bas, berilah kami tempat persinggahan yang sesuai utk solat..Tak dinafikan boley solat dalam bas, tp R&R punya banyak, ada patut singgah dkt perhentian yang hanya ada pondok utk solat, tak dinafikan boley jer nak solat kat pondok tu, tp apa salahnya berhenti kat R&R yang selesa untuk solat. Lagipun kami ni perempuan, klu nak amik air wudhu' tu, lebih manis di tempat yang tertutup. Nak ambik wudhu' kat tandas, ramai sangat orangnya..Jadi akhirnya kami ikhtiar sendiri amik wudhu' , dan solat dalam bas je.. Lagi satu, kalau boley bagilah masa yang lama sikit utk kami rehat, dlam 30 minit pun jadilah, sempatlah kami solat dgn tenang, tidaklah kelam-kabut.. Hurm, kadag-kadang kita dah usaha cari pemandu bas yang islam, tapi tulah, kadang2 aku pun xbrpa faham dgn pemandu bas ni, mungkin tak semua tapi segelintirnyalah.. Harap2 pentadbiran bas memberi sedikit nasihat dan peringatan kepada pemandu bas sebelum dorang memulakan tugas.. Kita tak tau ajal kita, mungkin saat dalam perjalanan tu ada apa2 yang berlaku ker, harap kita dapat sama2 cakna.. Solat itu sangat penting kerana perkara pertama yang akan dihisap adalah solat..Nasihat untuk diri sendiri jugak...^^
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 45-46 :
"Dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan (solat) itu sungguh berat , kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (yaitu) mereka yang yakin, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya."






Dan saya juga pernah mendengar seorang ustaz berkata, janganlah kamu paksa anak kamu untuk berpuasa ketika berumur 7 tahun, tapi paksalah dia untuk solat, kerana sesungguhnya orang yang solat itu akan berpuasa, tapi orang yang berpuasa belum tentu akan menunaikan solat.. Saya pun terfikir, betul jugak tu.. Kita biasanya melihat orang yang solat itu sudah tentu dia akan puasa, kerana sesungguhnya solat itu menghalang kita daripada melakukan maksiat, tapi kalau kita solat, tapi tetap melakukan dosa, itu kita kena cek balik solat kita..
Okey setakat sini saja entri utk kali ini, dikesempatan ini nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan. Jikalau sebelum ini, kita tak banyak melakukan amalan, jadi di bulan ramadhan inilah masanya untuk kita pertingkatkan ibadah kita, dan perbanyakkanlah amalan pada bulan mulia ini, kerana Allah banyak memberi ganjaran pada bulan ini..Tapi jangan lakukan sesuatu perkara kerana ganjaran, tapi lakukanlah kerna cinta kita kepadaNya..Selamat Datang Ramadhan sesungguhnya kami sangat menanti-nantikan kedatangan ramadhan..Semoga kami sempat bertemu ramadhan, dan semoga ramadhan kali ini bukanlah ramadhan yang terakhir bagi kami...Semoga kita bersedia dengan ramadhan yang akan menjelma ini.. Yang terakhir, solat jangan ditinggalkan, puasa jangan dilupakan...Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..Sirru 'ala barakatillah..^^



Tuesday 10 June 2014

..SERONOKNYA MENGAJAR..

Bismillah...Alhamdulillah, ari ni rindu nak tulis entri, sbb dah lama tak tulis.. Okey ari nie nak kongsi pengalaman mengajar.. Sebenarnya kalau nak diikutkan memang belajar itu lebih seronok berbanding bekerja. Oleh kerana bekerja ni agak penat sikit, sebab bila kerja banyak tenaga yang perlu dikeluarkan, sebagai contoh, bila kita mengajar, kita kena keluarkan suara, kena banyak bejalan, kena buat buku persediaan mengajar dn macam-macm lagilah.. Dan terkadang tu, kita terpaksa menghadpi dugaan di tempat kerja, hurm itu yang kurang best skali.. Orite, kalau belajar pulak kita just dengar dan teliti apa yang pensyarah sampaikan kpd kita, buat assignment dan buat nota..Jadi kurang sikit bebananya berbanding bekerja ni...Tapi sekarang ni rasanya nak kongsi cerita mengajar..
Hurm, mengajar ni sebenarnya best jugak, lagi2 ajar budak tadika dan darjah 1.. Pagi, aku akan pergi Pasti pd pkul 7.20, sbb kena msuk sebelum 7.30..Lps tu dlm pukul 2 gitu aku kena bergegas pulak pergi sekolah mengajar kafa.. Okey bestnya ajar budak-budak ni, sebab mereka ni masih suci dan mereka banyak ragamnya..Kadang2 tu soalan yang tak masuk akal pun akan ditanya.. Tak dinafikan kadang2 tension jugak dengan dorang ni sebab bising, berlari sana, berlari sini, macam-macamlah.. Tapi kadang-kadang merekalah yang membuat kita gembira saat kita berduka. Mereka selalu menceriakan. Baru-baru ni, dorang menjalani peperiksaan pertengahan tahun, dan aku dapat rasakan apa yang guru-guru rsa bila tanda kertas mereka.. Pertama nak tau berapa markah, kedua siapa yang dapat no satu, dan yang ketiga kalau boleh tak nak ada anak murid yg gagal kerana sayang pada mereka.. Itulah yang aku dapat rasakan, aku dah semakin sayang dengan dorang, aku dah semakin rapat dengan dorang.. Rasanya xnak berpisah dengan dorang.. Dorang baik sangat..Best sangat.. Pasti suatu ari nanti aku rindu dengan mereka..Okey xnak cerita panjang, dibawah ni diselitkan gambar anak2 muridku dari pasti, anak murid kafa, xsempat amik gambar lagi..Nanti kalau free boley letak gambar dorang pulak..

Praktis gosok gigi


Ni dekat balai bomba


Ni waktu pertandingan bola sepak

Ni pulak atlet bola jaring

Hadiah hari guru
Ni semua anak muridku


Tapi yang penting best mengajar budak2.. Dan aku sangat merindui guru-guruku, moga allah limpahkan rahmat kepada mereka.. Terima Kasih cikgu-cikguku...Sangat merindui mereka...Sekian dulu untuk entri ini..;)