Tuesday 10 June 2014

..SERONOKNYA MENGAJAR..

Bismillah...Alhamdulillah, ari ni rindu nak tulis entri, sbb dah lama tak tulis.. Okey ari nie nak kongsi pengalaman mengajar.. Sebenarnya kalau nak diikutkan memang belajar itu lebih seronok berbanding bekerja. Oleh kerana bekerja ni agak penat sikit, sebab bila kerja banyak tenaga yang perlu dikeluarkan, sebagai contoh, bila kita mengajar, kita kena keluarkan suara, kena banyak bejalan, kena buat buku persediaan mengajar dn macam-macm lagilah.. Dan terkadang tu, kita terpaksa menghadpi dugaan di tempat kerja, hurm itu yang kurang best skali.. Orite, kalau belajar pulak kita just dengar dan teliti apa yang pensyarah sampaikan kpd kita, buat assignment dan buat nota..Jadi kurang sikit bebananya berbanding bekerja ni...Tapi sekarang ni rasanya nak kongsi cerita mengajar..
Hurm, mengajar ni sebenarnya best jugak, lagi2 ajar budak tadika dan darjah 1.. Pagi, aku akan pergi Pasti pd pkul 7.20, sbb kena msuk sebelum 7.30..Lps tu dlm pukul 2 gitu aku kena bergegas pulak pergi sekolah mengajar kafa.. Okey bestnya ajar budak-budak ni, sebab mereka ni masih suci dan mereka banyak ragamnya..Kadang2 tu soalan yang tak masuk akal pun akan ditanya.. Tak dinafikan kadang2 tension jugak dengan dorang ni sebab bising, berlari sana, berlari sini, macam-macamlah.. Tapi kadang-kadang merekalah yang membuat kita gembira saat kita berduka. Mereka selalu menceriakan. Baru-baru ni, dorang menjalani peperiksaan pertengahan tahun, dan aku dapat rasakan apa yang guru-guru rsa bila tanda kertas mereka.. Pertama nak tau berapa markah, kedua siapa yang dapat no satu, dan yang ketiga kalau boleh tak nak ada anak murid yg gagal kerana sayang pada mereka.. Itulah yang aku dapat rasakan, aku dah semakin sayang dengan dorang, aku dah semakin rapat dengan dorang.. Rasanya xnak berpisah dengan dorang.. Dorang baik sangat..Best sangat.. Pasti suatu ari nanti aku rindu dengan mereka..Okey xnak cerita panjang, dibawah ni diselitkan gambar anak2 muridku dari pasti, anak murid kafa, xsempat amik gambar lagi..Nanti kalau free boley letak gambar dorang pulak..

Praktis gosok gigi


Ni dekat balai bomba


Ni waktu pertandingan bola sepak

Ni pulak atlet bola jaring

Hadiah hari guru
Ni semua anak muridku


Tapi yang penting best mengajar budak2.. Dan aku sangat merindui guru-guruku, moga allah limpahkan rahmat kepada mereka.. Terima Kasih cikgu-cikguku...Sangat merindui mereka...Sekian dulu untuk entri ini..;)




3 comments:

  1. comelnya baca entry ni siap ada lagu cikgu lagi >_<'' *yeahhh geng belog pink*

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah...kita sama2 warna pink... Teruskan dakwah melalui blog... ;)

      Delete
    2. betul2 .. kembali gunakan medium ini utk dakwah :)

      Delete