Thursday 26 July 2012

..Kisah Karipap..

Hari nie nak kongsi sikit tentang kisah karipap..bukan sebab lapar, tapi sebenarnya dengan karipap pun kita boley ambil iktibar..



Ha, cuba tengok karipap tu nampak sedapkan ??
tapi bukan nak cerita sedap atau tak,tapi nak cerita, cuba tengok kat tepi karipap tu ada lipatan2 untuk menguatkan kulit karipap tu supaya isinya nanti tak terkeluar drpd kulitnya semasa digoreng nanti..Bayangkanlahkan sekiranya lipatan tersebut tak sempurna,tentulah semasa goreng nanti isinya terkeluar dan tak jadilah karipap tersebut..Jadinya tak sempurnalah karipap tue..


Ok,kita tengok pulak konteks bangunan,kalau tak cukup tiang dlm bangunan tue,mestilah runtuh,dn xsempurnalah bangunan tue..betul tak??

Sebenarnya nak cerita kat sini, kewajipan kita sebagai seorang muslim,solat 5 waktu, sehari semalam..Contohnya kalau kita tinggal satu waktu solat,makanya tak sempurnalah solat kita,macam karipap dan bangunan tadi..maka tak teguhlah tiang agama,dan tak lengkap diri kita sebagai seorang muslim..Jadi kita mesti tak nak jadi seperti karipap yang tak sempurna dan bangunan yang runtuh tue..Jadi tunaikanlah solat 5 waktu,sehari semalam..=)

* Peringatan untuk diri sendiri juga..=)



No comments:

Post a Comment