Monday 26 May 2014

Perjuangan masih panjang

Bismillah...Dah lama rasanya menyepi dari menulis blog ni, dah berhabuk pun rasanya...Mungkinkah terlalu sibuk, mungkin kot..Sampai dah berhabuk blog ni rasanya...Hurm..Mungkin hari ni dah ada idea nk tulis apa kot..haha...Tdi belek2 blog org pastu jumpa satu perkongsian yang menarik daripada seorang sahabat, Izzatul Husna, menarik perkongsian beliau...Dapat menyedarkan hati yang terkadang terleka dek kerana nafsu..Ahh, nafsu kenapa kau selalu mendorongku ke arah keburukan, tapi itulah gunanya iman, iman akan selalu mengingatkan kita..Apa sahabat sy kongsi dalam blognya, saya pendekkan.. 
Seorang rakan  bertanya kepadanya, kau pernah suka seseorang?? 


Jawabnya pernah, tapi dah lama dah, dan dah tak ingat pun..
Kau buat mcm mna??
Oh aku berdoa kepada Allah, "Ya Allah kau tahu perasaanku kepadaNya kerana kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau peliharalah rasa sukaku terhadapnya, jika memang tidak tertulis untuknya kau hilangkanlah rasa sukaku terhadapnya, kerna kaulah sebaik-baik perancang..."
Oh hati, sabarlah perjuangan ini masih panjang, jangan dek kerana lelaki kau terlalai dan terleka..Sabar duhai hati bertahanlan melawan nafsu, kuatkan hati, jangan terlalu leka...Perjalanan ini masih jauh lagi...Belajar dan berjuang misi utama dalam hidup, untuk menggapai redhanNya...



Ya Sahabtku, perjuangan kita terlalu panjang, hidup ini bukan hanya untuk mencari siapa imamku, siapa makmumku..Hidup ini untuk menggapai redha dan cinta Allah..Jangan dek kerana mengejar baitul muslim, kita terlupa tujuan hidup kita yang sebenar..Jika kita benar-benar mencari cinta Allah, cinta manusia, iaitu perkahwinan akan datang tepat pada waktunya..Dan yang paling penting, perkahwinan belum pasti lagi, tetapi kematiaan itu pasti, kerana semua orang akan merasai kematiaan..Bersiap sedialah kamu untuk menghadapi kematian ituu...Bagi yang sedang bercinta sekarang, jangan risau, kalian sempat untuk berubah, pintu taubat itu terbuka luas untuk kita semuaa kerana Allah maha pengampun, lagi maha penyayang..Teruskan berdoa wahai sahabatku..
Saya akhiri entri hari ni dengan firman allah yang bermaksud,

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah yang mengharapkan rahmat Allah.Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang "
(Surah Al-Baqarah :218)