Saturday 30 March 2013

Peliharalah auratmu wahai wanita

Wanita dirimu anggun..dirimu serikandi yang menyinari dunia ini..
Wanita dirimu bak permata di dunia ini..wanita peliharalah auratmu..
Saat dirimu mendedahkan aurat,sebenarnya dirimu telah membuatkan insan lain juga berdosa..
Melihat auratmu itu bukan sahaja menambah dosa kpdmu tetapi juga manusia yg melihat auratmu..
Sayangilah keluargamu..jgn biarkan mereka juga terjunam ke api neraka..
Jangan biarkan insan-insan yang dirimu sayang turut sama dimasukkan ke neraka..
Bersamalah kita mengejar cinta Allah..
Bersamalah kita menjaga aurat..
Dirimu lebih bernilai daripada permata..
Antara permata yang terdedah dan permata yang berada di dalam kotak..
yang manakah yang akan menjadi rebutan pembeli..
tentulah permata yang berada di dalam kotak yang masih terlindung daripada habuk,yang bakal menghilangkan kecantikan permata itu..
wahai wanita dirimu anggun jika sentiasa dijaga,dan ditutupi auratmu..hanya untuk insan yang benar-benar layak untukmu..iaitu suamimu..dan juga mahrammu..
indahnya andai insan pertama yg melihat kejelitaanmu adalah suamimu..
Sayangilah auratmu..jangan biarkan dirimu terjerumus ke neraka...
Seindah hiasan dunia adalah wanita solehah..=)








..Pening-pening..

Assalamualaikum..mesti semua pelik kenapa pening..sebenarnya post ini dituju khas kpd adik2 SPM yg sedang pening untuk memilih ke manakah aku selepas ini??Ha mesti adik-adik dah pening fikir,lepas ni nak smbung ke mana kan..Jgn terlalu pening memikirkan sehingga kita lupa sebenarnya kita perlu tanya pada Allah,ke manakah jalan yang terbaik untuk kita..tanya tu mcm mna?? Istikharahlah jalan yg terbaik..Istikharah tu bukan untuk kita kahwin jer tau..tp istikharah tu untuk memilih jalan yg terbaik untuk kita..Lepas dah istikharah bincang dengan mak ayah,apa yg dirasakan terbaik untuk kita..minta pandangan mereka sebab mereka dah makan garam dulu sebelum kita..lepas tu pilihlah yg terbaik..dgn berdoa kepada Allah supaya jalan yg kita pilih tu baik untuk diri,keluarga dan agama..

Dan rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah kepada adik atas result yg adik-adik dapat..Terima dan bersyukurlah dengan keputusan yg kita dapat kerana itulah yg terbaik untuk kita..Jangan kecewa jika kita tak dapat seperti apa yg kita nak..Jalan Allah amat luas untuk hambanya..sentiasalah berbaik sangka..Allah lebih mengetahui segala-galanya...=)
Buat adik-adik yang bakal masuk ke APIUM Nilam Puri, selamat datang, ahlan wa sahlan..walaupun keputusan upu tak keluar lagi, tapi tak pe nak ucap awal2..spe2 yg dpt msuk nnt boleyla share dgn akk, klu nak share..Sediakan diri adik-adik untuk memasuki tempat yg lebih mencabar ini,tak kira ke mana pun anda pergi..sentiasa bergantung padaNya..okey sampai sini sje perkongsian untuk kali ini..Assalamualaikum..

Rindu Nilam Puri

Assalamualaikum..Apa khabar semua..dah lama tak post kat blog ni..skrg ni rindu pulak nak bercerita sesuatu yang lebih kepada perkongsian..Alhamdulillah,sekarang ni sedang bercuti..insyaAllah dalam sebulan dua minggu lagi..dalam cuti-cuti ni terasa rindu sangat kat Nilam Puri..banyak sangat ilmu di Nilam Puri..bumi tarbiyyah,bumi didikan..kat sini diri ini dididik untuk mentarbiyyah diri dan mendekatkan diri dengan Allah..dan di sini jualah tempat mendidik diri ini untuk terus berjuang dan berkorban untuk diri, keluarga dan yang paling penting agama..Mengimbau setahun lepas saat tiba di Nilam Puri,banyak benda yang tak tahu,tp pernah dipesan oleh akak-akak, carilah mutiara yang ada di bumi tarbiyyah ini..saat diri ini baru mengenali tarbiyyah,seakan terpingga-pingga dengan kata-kata senior..setelah setahun berada di bumi ini, baru kutahu,rupa-rupanya ilmu dan para pendidik di sinilah mutiara-mutiara yg menyinari setiap pelajar di sini..Rindu Nilam Puri walaupun baru dua minggu meninggalkannya..Rindu juga sahabat-sahabat yang sentiasa bersama di sini..Rindu ukhwah di sini..Rindu tarbiyyah di sini..dan rindu ilmu di sini..
..Bumi Tarbiyah..

..Rindunya..

Diri ini amat merindui ukhwah kita yang terjalin..sangat rindu..SAHABAT,mungkin titipan ini juga ditujukan buat anda semua..maaf andai ada yang terguris hati dgn diriku ini..diri ini juga insan biasa yang terkadang lupa dek kesibukan untuk menjalani peperiksaan,sehingga lupa untuk bertanya khabarmu dan masalah yg dihadapi ketika itu..Maaf sangat-sangat andai diri ini bersalah..InsyaAllah balik nanti kita cuba rapatkan ukhwah kita, mantapkan hubungan kita..Rindu kalian..Jumpa naik sem nanti erk..
..Salamesrabadikhlaselamanya..Mungkin setakat ini jer untuk kali ini,nnt insyaAllah ada yang menarik lagi akan dikongsi bersama..Maaf andai perkongsian ini kurang menarik..Assalamualaikum..